Sunday, July 29, 2012

Latihan dah tamat.

Lamanya tak bukak blog. Otak berkarat nak keluarkan idea tapi tetap gigih nak menaip. Oh biasalah aku kan baru habis plkn. Tettt. Alhamdulillah, dalam hari hari aku dok sembang nak balik,tak tahan dok dalam kem tuptap tuptap aku berjaya tamatkan latihan selama dua bulan. Orang lain dua bulan lebih, aku dua bulan cukup. Aku suka aku sukaa. Kalau nak diceritakan banyak suka duka sedih kecewa marah dan macam macam lagi tapi nak tulis semua cerita, lepas tu nak sumbat semua gambar gambar memang jenuh la nak scroll nt kan. So, aku cerita sikit sikit jela dulu kan. :)

CB1. oohh ramainyaa.

CB1 yang gila dan comel dan dipenuhi kanak kanak milo.yeahh.


Aktiviti masa kelas CB.
Ape bakat aku tunjuk dengan cik asip ni aku pun tak tahu tapi yang aku tahu bila belajar kat sini, mejoriti jadi berani tampil ke depan buat macam macam.



Aktiviti kelas BK.
Group aku buat perfume. Haha bapak besar punya botol perfume. Lawak pun ada. 
Huduh huduh botol perfume ni pun group aku menang awards tau. Ada la tiga kali dapat anugerah. Haha. Sangat kelakar.
*aku rasa macam membazir kertas je buat semua ni*

Okay, bila teringat balik masa kelas CB dengan kelas BK ni memang tergelak gelak aku. Tapi yang paling best kelas CB laa. Banyak aktiviti yang best gila. Dan tak silap aku, kelas CB la paling lama antara kelas kelas lain.



tak tipu aku rindu suasana semua ni. Bila dok dalam kem memang rasa suffered gila. Tapi bila lama lama, kita dah terbiasa. :')

* ini baru kelas CB dengan BK. Banyak lagi kelas nak aku sumbat dalam ni. hehe.

5 comments:

Unknown said...

hahaha...dah agak.mesti ckp gini.ni la ayat yg slalu depa duk ckp lps abih.ms msuk kemain nak balik.pening pala medik nak handle.mcm2 pnykit ade yer.tp time nak abis suma xnak balik.dah serasi ktnye.tp xpe la.skrg dah abis.so enjoykn diri.bebas.hehehe....

miera aziz said...

haha mesti semua dah muak dengar pelatih cakap benda yg sma kan..:D

Unknown said...

tau xpe.dah muak pun.so,dah stndby ayat nak wat camne.siap ugut lg nak tangguh latihan lau bnyk songeh.hahaha...so,tkut la diaorg tp lau bnyk wat hal hntar balik jer la.hahaha...jhat gak medik ni....

miera aziz said...

tau dah, pahtu suruh wat penangguhan, pahtu ugut lagi tukar kem segala bgai. haha kejam!

Unknown said...

hahaha...tau xpe.sbab 2 bdak2 anti ngan medik.kena ugut mnjg tp 2 je cara.lau x jenuh nak mlyan.lau nasib baik,mak ayah dtg msok cmpur.hahaha...xlrat wooo.....