Wednesday, May 30, 2012

Saya dan blog masih wujud.

Lama tak update blog. Kemalasan yang makin menjadi jadi menyebabkan aku jadi malas gila nak menaip. Lagipun tade benda yang menarik untuk dipostkan sepanjang virus kemalasan melanda dalam diri aku. Sekarang baru ada feel nak menaip sebab ada kejadian yang mengubah kemalasan aku menjadi seorang yang rajin,ehehh perasan gila kau Mira. Aku rasa entry aku panjang. Atau memang setiap kali aku mula rajin sikit nak menaip, aku nak taip panjang panjang terus aku pun tak pasti. Eheeh.

                         * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * 


Siapa sangka, dan siapa tahu walaupun usia anda hampir mencecah 20 tahun, anda dapat panggilan ke PLKN? Tidakkah anda berasa seperti bumi ini bukan lagi berbentuk sfera? Tidakkah anda merasa seperti bernyawa tanpa jasad? Dan tidakkah anda rasa seperti omg kenapa aku mesti jadi intan terpilih? Yeyy aku rasa tu. 1st time aku dapat surat ke PLKN aku menangis kalah Mad Farel. Dan Farel pun tumpang sekaki menangis utk aku sekali. Sedih. Takut. Tak mau pegi semua ada.

Dan aku dapat tahu yang lepas ni semua lepasan spm dan stpm wajib pergi ke plkn. Kes macam aku ni, waktu spm tak dapat panggilan ke plkn, jadinya lepas sptm aku kena panggil pulak. So, jangan harap lah kan kau nak terlepas dan bersuka ria bila tak dapat plkn waktu lepasan spm. merana kau macam aku nanti.

1st  day dekat plkn, aaaaahh Allah saja yang tahu. Dah la aku yang paling tua dekat situ, lepas tu semua sekeliling aku semua 18 tahun. Dalam fikiran aku time tu, macam mana lah dengan life aku lepas ni. Boleh ke dorang terima aku? Boleh ke aku bergaul dengan orang yang lebih muda dari aku?  Allah je yang tahu perasaan aku time tu. Nak keluar balik dari kem tu sahih dah tak boleh kan. Aku redha. Tawakal dan berserah je time tu dan berdoa budak budak dorm aku semua baik dan boleh terima aku.

2nd day, aku tak boleh nak biasakan diri lagi dengan persekitaran aku. Dan aku lah paling awal bangun pagi. Gila bapak ah orang 1st yang mandi dulu kot. Haha. K, bila ingat balik memang lawak siot. Aku mula membiasakan diri dengan pergi ke surau pukul 6 pagi solat subuh berjemaah. 6.30 pagi rocall kira kekuatan dalam baris, 6.45 pagi bersenam ikut kompeni masing masing. 1st senaman pagi kena jogging. Jogging sampai dekat luar kem. Kena pulak aku berjogging pepagi cenggitu memang semput la aku. Jam 7.30 sarapan pagi. 8.30 kena rocall balik untuk masuk ke kelas. Ok stress k kena berbaris dulu dengan peluh peluh pahtu masuk kelas belajar macam budak tadika. K! Dapat buku modul 1 aku stress lagi. Ape benda dorang belajar aku pun tak paham. Tak paham sampai habis kelas pukul 4. k. Kesian aku. -________-

Masuk hari ke 3, aku bangun lambat macam budak2 lain. Cehhh bagus betul. Dah mula biasakan diri. Tapi start hari tu macam macam gangguan ada. Aku dengar bunyi cebok memalam buta dekat dalam tandas la, air la, orang berjalan la. macam macam la. tapi aku kuatkan semangat walaupun hati aku time tu dah tade rupa dah. Kecut gila kot. 

Dan sekarang dah masuk 2 minggu aku lebih aku duduk dekat plkn. sekarang cuti. Holiday 5 hari. Walaupun memula aku menangis bagai sebab taknak masuk plkn, tapi hakikatnya plkn sangat sangat best. Korang dapat ilmu yang korang tak dapat masa belajar dekat sekolah. Korang takkan rasa boring bila dalam kelas walaupun agak bebal bila kena pakai baju korporat yang panas tu. Kawan tak kira usia, tapi aku tak tahu jugak la sebab aku dapat masuk kompeni yang sangat caring dan tak kisah pasal usia. Faktor usia bukan halangan utk kita berkawan. Rasa hormat dorang pada yang lebih tua lebih tinggi daripada hormat rakan sebaya. * yang paling best dorang sume tak caye yang aku ni 20 tahun. Dorang sume ingat aku ni sebaya dorang. Hehehehhee*

 WIRAWATI WIRAWATI ALPHA

WIRAWATI KOMPENI ALPHA DORM B.

Rocall malam lepas dapat handphone.






 Pagi sebelum balik cuti. Berkabus. Jam 7.00 pagi. Yeyyy cuti. Sebab tu aku duk kalut nak update blog. haha. Kk cuti ni nak tidur. ganti tidur yang tak cukup. 


* tak sabar nak pergi menembak lepas habis cuti ni.
* tak sabar nak pegi flying fox, masuk hutan dan tak sabar jugak nak habis cepat.

* Paling kena sabar bila perbarisan tgh panas. 
















* Sedih. Aku dah hitam.
-_________________-




7 comments:

Anonymous said...

bukan lepasan stpm boleh ikut atas dasar sukarela ke??..x fhm lh..

miera aziz said...

tak tahu la, tapi dapat surat. wajib pegi walaupun tak rela. :)

Redz One said...

muka tension manjg duk kat kem.stress mnjng.cian kena mrh ngan akak JM.tp xpe.lps nih dah xkena pon.dah abis pun.pe2 pun,tahniah sbab berjya abiskn latihan.moga berjya dlm idup lps ni.chayok.....sayonara....
ps from medic garang.hehehe......

Anonymous said...

up date blog

miera aziz said...

cikwan, sy tak kata pun medic garang.org lain yg kata.btw rindu sgt kat smua tmbah2 kat akak JM! :D haha

Redz One said...

hahaha...tersedak dia t.dia 2 baik tp grng je.cian kat dia.dah la laki duk jauh.kena gitu plak.jenuh nak mujuk dia.hahaha....

miera aziz said...

Haha suka sebenarnya cara dia bleter tu. sy dah biasa dgn cara dia cakap tu sebab sy pun lebih kurang je camtu hahaha.