Friday, May 2, 2014

Langkawi with WE group


Assalamualaikum. Mih mih mihhh. Dah 3 bulan berlalu. Tapi baru nak update dalam blog. Wehuu. Bukan takde masa tapi sebenarnya malas nak update. Alhamdulillah persahabatan yang terjalin dari kecik dari sekolah rendah sampai lah sekolah menengah walaupun ada yang tak satu kelas tapi friendship never ends. 
So sahabat sahabat yang mengikut plan selama setahun dok sembang pompang pompang nak pegi bercuti dan reunion terlaksana. Alhamdulillah takda apa yang buruk terjadi selain semorang sakit badan sebab angkat barang perkakasan dapur Cik Jah. -.-


1st day with le gegirl yang cun meletup chup cus semakin mengembang dan meninggi gara gara pakai weges yang sakit kaki. Apadahal. Memang rindu. Memang seronok dapat hangout dapat bercuti dengan bestie sampai mati. The best moment bila gelak dengan bestie sampai meleleh leleh air mata and cant loud anymore. That what we call bestriends. :D



For the 1st day dah pegi jalan sana jalan sini. Lepas chekin dekat resort memasing dah muka lapar tahap nak mati cecepat cari makan dekat tempat yang dekat. Tak kisah makanan tak sedap pon janji perut kenyang.  Me with cik Jah yang ala lalala datin wanna be. Poihhh.

Tempat pertama kami jajah wee off cos la naik gunung mat cincang. Alhamdulillah semua orang dapat turun dengan selamat walaupun ada sorang tu mampus penakut dengan ketinggian. Jenuh tarik naik sky cab sampai berpeluh peluh laa deme yang lain kena pujuk. Me with le gigirl sudah bergembira dipuncak gunung. Yang lain masih chup chuss di bawah. 







Tudung dah sedeyy lepas buat lompat bintang kononnya retis nak bergambar yang cantik. With le rusian girl.




Yaya with aAarown gex.

Sky cab yang best!
Girls at Pantai Cenang. Time ni konon nak cari tempat makan. Cari sampai sejam. Mampuss. Semua tempat mahal mahal dan exclusive. Dengan bajet yang ada terpaksa lah cari kedai warung je. Lepas tuuu dah kenyang teman cikjah mencari selipar jepun utk buat mandi manda di laut. Aishh. I love u Jah. hahaha. Dah kenapa Yaya kau pakai sweater ala ala dok korea pulaks ni. Aiyoo you so sweet! :D

Hari kedua lepas penat berjalan sana sini. We all pegi bershopping dekat Ismail group. Sampai berpeluh mak nok bershopping sakan. Tu tak masuk pegi idaman suri lagi. Pengshan hakak hakak beli pinggan mangkuk periuk ajaib sampai tak muat van hakak sewa tahuu. Sedeh dreba kena bawak hakak hakak yang shopholic barang dapor. Akekeke.


And that seconds nite we all pergi berjimba sampai ke pekan kuah semata mata untuk mengeyangkan perut. Haa kau ghase? Jauh nau chenang ngn pekan kuah tu. Alang alang dah kan pegi Pekan Kuah tu sempatla kitorang berpaut di kaki Bang Lang ni ha. Malam malam tak nampak. Apadahal. Janji nampak rupa. Time ni memang aku dah give up gila sebab penat kot berjalan seharian dengan kaki sakit sebab shopping tak hingat donia pastu petang bantai main banananaaaa boat sampai Yaya boleh hilang scaf rambut dengan getah rambut masa kena terbalik kat tengah tengah laut. Haah semput kau apa tahu?


And for the last day muka semua dah penat kecuali Jah sebab dia kaki buli semorang angkat barang barang dia. Hurhh.. This is our sweet memories i can create with my friends.. Tapi kurang sorg. Ain. Takpa next trip kita pegi dekat pulau lagi nah. hehee. Langkawi selamat tinggal! :D

Monday, January 13, 2014

Dear 2014



 Assalamualaikum.

Dah masuk 2014. Tapi lambat nak update pasal new year. So setiap orang ada azam baru bila masuk tahun baru. Aku? Macam biasa, azam tahun lepas bawak mai tahun ni. Hehe. Tapi, setiap tahun mesti ada tambah satu azam lagi. So kenangan 2013 banyak jugak la yang mematangkan aku, mendewasakan aku, membuka mata aku sebab 2013 lah aku baru keluar dari kepompong hidupan di kampung dan alhamdulillah setakat ni aku tak lagi menyimpang ke arah yang bukan bukan.*Blessing. Mungkin jugak dengan iringan mak abah aku yang banyak doa untuk aku yang baik baik,doa aku supaya sentiasa dilindungi sentiasa berada di jalan yang benar dan setakat ni aku takde lagi berkawan atau berjumpa dengan orang orang yang ada niat busuk nak jatuhkan aku,ataupun rosakkan aku. So blessing the ways I are. Sebenarnya banyak jugak kenangan tahun 2013 ni tapi biasalah aku, aku bukannya jenis alert sangat pasal ni semua. Ngee~

  • Gethering 





Aku tak ingat aa ni gethering yang ke berapa sebab tak silap aku sebelum ni pon dah ade gethering bebudak kolej aku so tak silap aku ni gethering main boling sempena perpisahan lecturer yang ngajar kelas aku merangkap guru kelas aku Miss Atul. And this is my 1st time aku main boling balik setelah sekian lamanya aku tinggalkan zaman sekolah. Yela, dulu sekolah ade jugak member member ajak main. Lepas sekolah lepas lah semuanya muahaha. So this gegadis yang selalu bergaduh, kuat sentap, kuat mengumpat,kuat makan dengan aku. Dorang nilah yang berkawan dengan aku. Miss them so much.

  • Work as F&B girls



Ni 1st time jadi kroni F&B layan tetamu di hotel dengan 1000pax. Time ni wedding India tau kitorang layan. Penat tu mesti ada tapi yang pasti pengalaman bekerja tu penting hokey. 

  • Kitchen



I know im not the one of the best student but i keep learning and trying to be the best one of them.


  • Final task- Hawaii BBQ functions






Keletihan, kesusahan, kesenangan, keseronokan, alhamdulillah aku dapat classmates yang sering bertolak ansur, sentiasa bagi peluang, sentiasa bagi pendapat masa final task function. Thanks for giving me a chance to guide our function. I miss you guys badly. Kalau boleh undur masa, aku nak create lagi function tetiap modul. Haha kelas kau. 

So mood tahun 2014 aku nak lebihkan banyak travel dengan family dengan kengkawan sebelum aku tamatkan zaman bujang aku ehh tetibe haha.






































Tuesday, October 15, 2013

Tak semestinya..

Assalamualaikum.

Tak semestinya yang bodoh masa sekolah dulu tak boleh berjaya pada masa hadapan..
Tak semestinya yang hodoh dulu tak boleh cantik..
Tak semestinya yang miskin dulu tak boleh jadi kaya..
Tak semestinya dulu sering dikutuk dihina tak boleh terbeliakkan bijik mata orang yang mengutuk dia dulu..
Tak semestinya usaha masa sekolah dulu selalu tak berjaya, tak boleh berjaya terus..
Tak semestinya buat salah dulu selama lamanya buat salah..
People, please okay. Dont talk to much about people arounds you. YOU ARE NOT PERFECT MUCH!
Stop buat muka menyampah.
Stop cakap buruk pasal orang lain.
Stop dengki.
Stop hukum orang.
Stop menghina.
Stop..please stopit.


Monday, October 14, 2013

KeKK

Assalamualaikum.

Aku rasa dah sebulan kot pergi KeKK haritu. Tapi takpe, aku nak update jugak. Makin lama makin tak banyak pulak story nak mencoret dalam blog aku ni. * Sebenarnya malas. Sepatutnyalah kan, kolej aku tak patut tau pergi KeKK ni sebab karnival ni langsung takde kena mengena dengan cos aku amik sekarang. Makanya bermulalah macam macam suara dan rungutan dari student. Tapi bagi akulah, aku tak kisah pun sebab tak kena keluarkan duit dan aku cuma belanja RM7 untuk makan. Muahaha. KeKK ni Karnival Kemahiran apa tah aku pun dah lupa. 

Sebagai permulaan. :P

Karnival ni taklah jauh mana pun, aku pun tak sempat nak terlelap dalam bas sebab amik masa sejam lebih sikit macam tu je nak sampai. Biasalah aku kan duk Seremban je, nak nak pergi karnival ni dekat Serdang je. Tapi masa sampai dekat sini banyak jugak aku tengok student dari kolej Taiping, Kulim dan so on yang blah blah utara sana nun yakni sek sek aku la bak kata mek. Aku pun alaaa siannya dorang datang jauh jauh tapi macam takde benda sangat pun nak tengok. Bagi aku lahh. Hikhikks.

Haruslah gigirls bergambar uollss..

Bersama weirdo Ah Pong aaa. Hee.

Jumpa dengan Linda :)


Dapat tangkap gambar bersama impian saya R1. Huwaa. Bilalah boleh ride sendiri ni. Sobss..

*Balik tu aku mimpi aku naik R1. Aku bawak ooo. Pastu aku terpikir, sejak bila pulak kaki aku sampai bawak moto cenggitu. Kenapa hanya mimpi. Sedihhh. Kbai.


Thursday, June 27, 2013

Minggu Orientasi Overnight PD dan Melaka

Assalamualaikum.


Kali ni takde rasa rasa dah. Dah memang kali ni aku malas sangat nak update blog bagai sebab aku dah ada instagram. So pape hal aku upload gambar dekat instagram je. Lagi senang. Dah la kolej aku wifi kejap ade kejap takde. Ah perkara biasa dimana mana kolej pun sama. So last week adalah minggu palinggg busy sebab ada orientasi student intake baru dan kami yang student lama ni dah jadi senior yeyyy! Kejadahnye.
Kali ni aku jadi fasi pulak so kira sukati aku ah nak join aktiviti ke tak dengan peserta tapi kebanyakannya aku join je sebab apa,sebab aku nak enjoyyyy dan hilangkan stress kebosanan tahap melampauu.

Nama saya Kak Ros :)

Haruslah letak gambar sendiri sebagai permulaan.
Senior part 3 Fana Senior Part 2 aku, Aby Junior Part 1 Bella.
Pepagi lagi kena jogging pusing satu Oakland. Ok fine lah jogging pepagi pastu lapar pastu melantak nasi lemak dekat belakang kolej. Hasrat untuk kuruskan badan? Harapan.




Presentation kumpulan.

Geng aku paling sporting dan haruslah jadi juara okayyy. Sweet Buffolo sangatlah korang :D
Explorace sampai ke KTM Seremban, Terminal 1 dan shopping kompleks terminal. Dasyat betul kali ni. Dan sekali lagi kumpulan aku menang ehemm. Sedehh gambar sendiri takde. -.-

Acara merumitkan mata dan menguji kesabaran. Asingkan benda alah ni.

 Last day, persembahan sketsa. 


 Watak sampingan maknyah sebagai mak andam.

Ina jadik mayat. Kumpulan ni best kelakar gila kot.

The winner. Sweet buffolo. Next time kita geng sama sama lagi okayyy. :)

Serius orientasi kali ni agak best jugak lah berbanding orientasi sebelum sebelum ni sebab ni first time orientasi yang melibatkan tempat di luar Oakland. Sebelum sebelum ni pun paling jauh pernah aku buat jalan kaki sampai ke Oakland 2 dan Aeon Seremban. Kali ni betul betul mencabar lah sebab main sampai ke Terminal bas pastu masuk Terminal  1 pastu ke KTM pulak. Serius memang penat gila. Tapi ada jugak part part yang aku rasa macam tak best sebab ada aktiviti yang tergendala tapi takpelah benda dah jadi pun. 

Lepas orientasi malam tu jugak kitorang buat overnight PD atas cadangan Madam Siti. Madam Siti memang terbaik lah sebab dialah yang banyak bersusah payah, banyak menahan sakit hati semua dan dialah lecturer yang paling gagah dan tabah menghadapi dugaan. 

Sebelum gerak. Semua barang masakan sudah tersedia.





 Pd masa ni dah mula jerebu.

 Sir Sofi. Memang sir ni aktif waktu malam tapi siang dia tidur. Yang paling kelakar gilaa aku yang tengah tidur dalam khemah boleh terjaga sebab dengar dia menyanyi dan aku sendiri terjaga pastu aku gelak. Rupanya memang dia menyanyi disetiap khemah pun nak kejutkan semorang untuk temankn dia.

Madam Siti dan suami tercinta. I love u madam.:)

Minggu ni memang penat gila sebab lepas orientasi terus pegi Pd lepas overnight semua tengahari aku dah gerak pegi Melaka pulak dengan kakak aku. So tired you know tapi nak buat macam mana aku tetap nak berjalan jugak sebab aku pikir aku tak pernah lagi pergi Melaka so aku taknak la lepaskan peluang aku. Masa tu aku tak pikir langsung pasal penat ke hape yang penting aku dapat jejak kaki ke Melaka.Dah dalam kereta tu aku bantai la tidur sampai tak ingat dunia hahaha.



 Muka letih + muka baru bangun tidur.

Sweet couple berdating dalam menara. :)



 Jerebu teruk gila time ni sampai menara pun tak nampak.


 Pakailah mask.


Seminggu yang awesome dan jadual yang pack dan penat tapi best! Thanks to my beloved sister dan Abang Yat bawak aku berjalan jalan pegi Melaka. Aku rasa kalau aku tak ikot ni sah sah lah aku tak jejak kaki ke sana lagi. Hewhew. Bai. :)