Thursday, June 27, 2013

Minggu Orientasi Overnight PD dan Melaka

Assalamualaikum.


Kali ni takde rasa rasa dah. Dah memang kali ni aku malas sangat nak update blog bagai sebab aku dah ada instagram. So pape hal aku upload gambar dekat instagram je. Lagi senang. Dah la kolej aku wifi kejap ade kejap takde. Ah perkara biasa dimana mana kolej pun sama. So last week adalah minggu palinggg busy sebab ada orientasi student intake baru dan kami yang student lama ni dah jadi senior yeyyy! Kejadahnye.
Kali ni aku jadi fasi pulak so kira sukati aku ah nak join aktiviti ke tak dengan peserta tapi kebanyakannya aku join je sebab apa,sebab aku nak enjoyyyy dan hilangkan stress kebosanan tahap melampauu.

Nama saya Kak Ros :)

Haruslah letak gambar sendiri sebagai permulaan.
Senior part 3 Fana Senior Part 2 aku, Aby Junior Part 1 Bella.
Pepagi lagi kena jogging pusing satu Oakland. Ok fine lah jogging pepagi pastu lapar pastu melantak nasi lemak dekat belakang kolej. Hasrat untuk kuruskan badan? Harapan.




Presentation kumpulan.

Geng aku paling sporting dan haruslah jadi juara okayyy. Sweet Buffolo sangatlah korang :D
Explorace sampai ke KTM Seremban, Terminal 1 dan shopping kompleks terminal. Dasyat betul kali ni. Dan sekali lagi kumpulan aku menang ehemm. Sedehh gambar sendiri takde. -.-

Acara merumitkan mata dan menguji kesabaran. Asingkan benda alah ni.

 Last day, persembahan sketsa. 


 Watak sampingan maknyah sebagai mak andam.

Ina jadik mayat. Kumpulan ni best kelakar gila kot.

The winner. Sweet buffolo. Next time kita geng sama sama lagi okayyy. :)

Serius orientasi kali ni agak best jugak lah berbanding orientasi sebelum sebelum ni sebab ni first time orientasi yang melibatkan tempat di luar Oakland. Sebelum sebelum ni pun paling jauh pernah aku buat jalan kaki sampai ke Oakland 2 dan Aeon Seremban. Kali ni betul betul mencabar lah sebab main sampai ke Terminal bas pastu masuk Terminal  1 pastu ke KTM pulak. Serius memang penat gila. Tapi ada jugak part part yang aku rasa macam tak best sebab ada aktiviti yang tergendala tapi takpelah benda dah jadi pun. 

Lepas orientasi malam tu jugak kitorang buat overnight PD atas cadangan Madam Siti. Madam Siti memang terbaik lah sebab dialah yang banyak bersusah payah, banyak menahan sakit hati semua dan dialah lecturer yang paling gagah dan tabah menghadapi dugaan. 

Sebelum gerak. Semua barang masakan sudah tersedia.





 Pd masa ni dah mula jerebu.

 Sir Sofi. Memang sir ni aktif waktu malam tapi siang dia tidur. Yang paling kelakar gilaa aku yang tengah tidur dalam khemah boleh terjaga sebab dengar dia menyanyi dan aku sendiri terjaga pastu aku gelak. Rupanya memang dia menyanyi disetiap khemah pun nak kejutkan semorang untuk temankn dia.

Madam Siti dan suami tercinta. I love u madam.:)

Minggu ni memang penat gila sebab lepas orientasi terus pegi Pd lepas overnight semua tengahari aku dah gerak pegi Melaka pulak dengan kakak aku. So tired you know tapi nak buat macam mana aku tetap nak berjalan jugak sebab aku pikir aku tak pernah lagi pergi Melaka so aku taknak la lepaskan peluang aku. Masa tu aku tak pikir langsung pasal penat ke hape yang penting aku dapat jejak kaki ke Melaka.Dah dalam kereta tu aku bantai la tidur sampai tak ingat dunia hahaha.



 Muka letih + muka baru bangun tidur.

Sweet couple berdating dalam menara. :)



 Jerebu teruk gila time ni sampai menara pun tak nampak.


 Pakailah mask.


Seminggu yang awesome dan jadual yang pack dan penat tapi best! Thanks to my beloved sister dan Abang Yat bawak aku berjalan jalan pegi Melaka. Aku rasa kalau aku tak ikot ni sah sah lah aku tak jejak kaki ke sana lagi. Hewhew. Bai. :)




1 comment:

fara hanim said...

rindu kau, kawan.-farra arshavin