Tuesday, July 31, 2012

Memories part 2

Assalamualaikum. Dalam masa dua bulan aku dekat kem, masa yang paling seronok dan still fresh dalam kepala otak aku kan masa wirajaya dengan malam kelapa emas. Err memang best giler sebab main sampai tengah malam. Keja aku nak main ja adooi.-.- Tapi yang frustnye bila lepas sampai dekat check point enam tu semua kompeni kena balik ikut trek disebabkan hujan dan angin yang sangat kuat. Dan budak budak kompeni charlie delta kata trek dorang sangat mencabar. Aku rasa trek aku lalu tu tade la mencabar sangat sebab aku rasa masuk sikit je dalam hutan dengan masuk dekat kawasan berpaya. Sekali lagi aku pelik kenapa aku tak kena gigit pacat langsung?! Jeles tengok budak budak lain menjerit kena pacat segala bagai dah tu lepas makan tengah hari perut aku memulas pulak. Nak je aku balik dengan van medik tapi disebabkan aku nak sangat lalu ikut laluan charlie delta aku tak jadi mengadu aku sakit perut. Last last kena balik ikut trek. Padan muka aku. Kalau aku balik dengan van dah selamat perut aku dari meragam. Cis.


Tengok dalam gambar macam sorang pun tak penat dan tak berpeluh dan tade sorang pun yang muka dia berminyak. Hakikatnya inner loreng dah basah lencun. Time ni aktiviti ape tah aku lupa tapi berkaitan pertolongan kecemasan. Aku boleh tolong angkat mangsa jela, sebab aku tak tolong pun pasal nk balut kaki patah sume tu sebab aku tak tahu. 



Cik Am tengah bagi penilaian dekat kompeni aku. 

 Disebabkan cikwan baca blog aku, aku nak letak gambar dia masa amik markah untuk kompeni bravo. Peace Cikwan! :D

Time makan malam. Masak nasik sendiri. Last last makan nasik yang disediakan oleh makcik kantin. Bukan tak sedap, tapi aku lapar gila time ni, tak dan nasik siap aku dah habis makan. 
Dasyatnya aku bila aku betul betul lapar. -.-

Malam kelapa emas yang betul betul menguji kesabaran bila kena berdepan dengan tok batin. Kena pulak dengan cikgu Ali dengan cikgu Sal. Tak pasal aku tengking. Serius nak nanges bila kena tengking suruh pergi dari rumah dia. Sedih gilaaaa.  Nasib ego aku tinggi tak jadi nak nanges. Haha. Nak dekat sejam dekat rumah tok batin tu semata nak dapat bearing. Lama betul. Dah la malam, dengan penat masuk hutan lagi, lagi penat dengar orang membebel dan marah marah. Huhu. Tapi masa dekat tempat tok bomoh paling best. Aku suka cara tok bomoh bela jenglot tu. Haha. Terbaik. Dan betul dorang kata aktiviti yang terakhir adalah aktiviti yang paling best dan paling tak boleh dilupakan. 

*Pengalaman tak boleh dicipta selagi kita tak menghadapinya.*

5 comments:

Redz One said...

Emmm,thanks msuk gmbr sy.xpsal glamor.hahaha...xyah msuk la trek charlie.xlrat t.daki bukit.kan xpsal2 sy kena naik amik peltih cam bdak charlie.jenuh nak usung trun bukit.xlrat wooo....dah la dah krus.t tnggal tulang la plak.hahaha....dah la xckup tido.naik giler kpala t.hahaha....

miera aziz said...

nak naik jugaakkk. tak puaih hati. yang pernah sy masuk hutan kt situ area kat lata tu je,naik bukit ikt sungai pastu turun kat jalan kg tu. best kot.....haha

Redz One said...

ek?xpe.lps nih naik ler.tp medik xcover la.xlrat nak naik.posa. hahaha..pacat pon bnyk.lau nak derma drah leh la....

miera aziz said...

pacat tak takut ngat pun hahaha :P

Redz One said...

brani la ni.xpe la.lau kena lintah buang sndri.hahaha.....medik wat derk jer.hahaha.....