Friday, March 16, 2012

Red velvet for besday boy and tired day.

Assalamualaikum.




Penat masih terasa. Baru balik dari KL. Hari rabu kemarin sangat busy dengan buat kek besday boy, petang tu terus rush pergi Tanjung Malim. Khamis pagi gegas ke KL dan sesat. GPS hilang arah. Akhirnya sampai ke rumah Makjang dah lewat tengahari dengan bantuan GPS abang ipar. Sampai rumah Makjang tak sempat nak lepaskan lelah, ceh macam aku yang drive je, terus gerak balik ke Tanjung Malim pulak. Sampai Tanjung Malim sempat mandi tukar baju terus balik Selama. Sampai rumah pun dah malam. Pergi Kl tak singgah memana, tak singgah nak shopping,  betul betul duduk atas jalan.Haish sangat penat. Kesian Mad Farel, kecik kecik dah jalan jauh dan penat.


Balik cerita pada hari rabu ritu,aku buat kek red velvet utk mad Farel sempena besday dia minggu depan. Pejam celik pejam celik dah setahun aku duduk dengan budak kecik ni. Dah setahun aku mengasuh dia ceeyyyhh ngasuh la sgt. 


 




 
 

 

 
 

 
* Gambar credit to angah.


Hooo baru setahun jagung dah dapat kek red velvet. Bertuah kau nokk dapat mak sedara yang suka buat kek. 

Hari ni macam rajin sikit nak taip panjang panjang, jadi aku dengan murah hati nak share sikit resipi kek red velvet ni. Selamat mentelaah resipi ya!


Red Velvet

Bahan A
250g butter
280 gula perang

Bahan B
2 biji telur gred B
1 sudu teh esen vanila

Bahan C
250 tepung superfine
15g serbuk koko
1sudu teh serbuh nescafe
*Ayak semua sekali

Bahan D
200g plain yogurt * I used Nestle 
2 sudu besar pewarna merah + 1 sudu besar pewarna orange red
-satukan pewarna ni dengan yogurt tadi selama 10 minit.

Bahan E
1 sudu teh Distrille white vinager* cari dekat tesco pun ada
1/2 sudu teh soda bicarbonat
(bahan E ni sangat sensitif, jadi sila baca cara cara nak buatnya dulu. Kalau tak kek anda akan jadi pahit.)

Cara - caranya.

1. Pukul A sehingga kembang.

2. Masukkan B satu persatu kemudian masukkan esen vanila.

3. Masukkan C berselang seli dengan D dan kacau sebati.

4. Campuran E dan terus masukkan kedalam adunan tadi.
(soda dan cuka perlu dimasukkan segera selepas disatukan dan tak boleh dibiar lama)

5. Bakar pada suhu 180'c selama 45 minit - 50 minit.

Cream Cheese Topping

Bahan A
450g whipping cream* cari yang non-dairy punya
-pukul sehingga kembang.(soft peak)
- Pukul whipping cream tu waktu dia beku utk dapatkan kuantiti yang banyak.
kalau dia cair tak dapat jadi soft peak.

Bahan B
250g cream cheese * I used tartura sebab murah sikit dan senang cari. Kat tesco giant pun ada.
60g gula ising

cara-caranya
1. Pukul A,dan ketepikan.
2. pukul B kemudian masukkan kedalam A. Kacau sebati.
* pastikan cream cheese tu tak sejuk sebab kalau sejuk, nanti bila dicampurkan dengan whipping cream tadi,cream tu akan jadi beku dan susah nak lepa atas kek. :)

Okay ni saja yang mampu dishare dengan anda. Hee harap  harap boleh la bantu korang kan. 
Selamat mencuba! :D



4 comments:

Anonymous said...

hi Miera....

Teruja sangat jumpa resepi kek ni dalam your blog.
Nak tanya....Distrille White Vinager tu macammana ye? dan kalau kat market tu brand apa yang sesuai. Kalau guna cuka masak biasa tak bleh ye....huhuhu..baru nak belajar buat nih.
Please help....

miera aziz said...

salam, sorry lambat reply, cuka tu dlm botol plastik boleh cari dekat tesco bahagian cuka. memang dekat lebel dia tu tulis distrille white vinager. tak susah pun nak cari :)

Anonymous said...

Hi..thanks for reply,

Actually dah buat pun cake tu (tak sabor punya pasal)....so, guna je la cuka masak jap jalen...hahahahha....
Rasa macam jadi jer...hehhe

Anyway....thanks a lot ye for the tips....

miera aziz said...

hehe alhamdulillah menjadi. :D

thanks jugak ya sebab mencuba resipi yg tak seberapa nih. Terharuu. Hikhik.