Tuesday, January 18, 2011

tips lebatkan rambut/kurangkan uban/dan kurangkankeguguran rambut

assalamualaikum!
haii semuaaa*sambil lambai lambai tangannn*
err hari ni aku nak bagi tips sikit untuk lebatkan rambut yang mana ada laa kan orang tu asyik dok merungut je rambut gugur la,rambut makin nipis la dah tu malu la nampak macam dah botak dah pun even dia perempuan.*err aku la tuu wakaka*=,=.

ada lah member aku ni selalu jugak tanya macam mana nak kasi rambut tu tak gugur,tak beruban dah tu macam mana nak lebatkan rambut.sebenarnya dalam family aku ada lah amalkan petua petua ni untuk lebatkan rambut terutama mak aku perhhh rambut macam jacklyn victor tuu HAHA lebat elok jaa aku tengok.perh jelous okehh even mak aku tu umur dia dah nak cecah 48 tahun depan tapi rambut mak aku tu still lebat dan nampak muda dan lagi tak nampak lah uban.*tapi kalau selak selak tu ada la nampak kan.nampak sangat aku nak bohong kalau takde uban usia macam ni!*

ni dia petua turun temurun yang selalu dipakai oleh family aku.sapu SANTAN dengan ASAM JAWA.cara pakai dia macam ni ;

  • hangpa beli santan hat orang dok juai kat market tu,jangan beli hat dalam kotak yang siap dibungkus pulak.yela dalam tu kita tak tau depa boh apa kan pastu pulak kalau kita beli kat market,dah compom la fresh dari buah nyoq depa sagat kat situ.
  • lepas tu hangpa dah beli hangpa simpan dulu dalam peti sejuk.biaq dia beku sat.bukan pa satgi hangpa nak lumoq atas pala hangpa satgi takdak la meleleh macam ayaq paip nuuh.
  • dah beku,hangpa bawak kuaq tunggu sat seminit dua hangpa masuk asam jawa dalam santan tu.gaui sekali biaq dia sebati.
  • lepaih tu buleh la hangpa lumoq lumoq atas kepala hangpa.salunya aku buat ni time hari cuti sabtu ahad.yala kan hari lain aku sekolah punca la pun nak lumoq apa bendanya?
  •  pehtu pulak buat la peh hangpa bangun pagi sebelum mandi.err nak habaq awai awai la santan ni kalau hangpa lumoq nanti atas pala nanti dia ada bau la sikit.ala bukan bau apa pun dah nama pun santan kan,mesti bau santan takkan la nak bau macam syampoo rejoice kot.haqu la lagu tu.
tu la tips yang boleh aku kongsi dengan hangpa.bukan apa,kadang kita pakai syampoo jenama mahai mahai pun rambut dok guguq supa tu gak.apa jadahnya perabih duit kat benda benda macam tu.lebih elok kita pakai benda dari alam semula jadi.khasiat pun banyak habaq hang!
lagi satu kalau ada yang tak tahan dengan bau santan tu,ikut suka hangpa la nak ikut ka tak tips ni.benda boleh pikiaq dengan akai logik la.bukan benda tu tak hilang pun bau dia.dah basuh pala cuci elok elok nanti hilang la aih bau tu.hamboihh sekali sekala jadi la sat orang kampung macam aku ni.haa rambut perhh kalah fasha sandha habaq hang!tu dia kaya boleh lah buat apa treatment rambut?tara aku nak buat treatment rambut,beruban dulu la nampak gaya rambut aku tu.HAHA.
petua ni kalau amalkan dari kecik insyaallah rambut hangpa sure lah cantik,lebat,lambat beruban dan semestinya kuat dah tebal!tak salah nak mula dari sekarang pun.ni salah satu cara paling mudah,murah lagi berkesan.tak payah p yun nam hair pa jadah tak tau la aku pun.perabih duit jaa.hat kaya kaya leh p,hat macam kita ni jenuh tunggu sampai tua mengerning dulu lah.elok la dah tua nak p lebat rambut lagi pa benda?

selamat mencuba!

No comments: