Tuesday, November 13, 2012

Jenjalan lagi

Assalamualaikum.

Hai. Hari ni keluar jenjalan lagi. Dengan ayong with her husband and their little hero Farel. Nampak tak aku selalu keluar dengan keluarga aku, jarang keluar dengan kawan kawan dah. Nampak tak nampak tak? Sila nampak. So lepas ni lemme outing with my girlfrenssss. Sebenarnya plan nak pegi kl tapi tak jadi pegi Ipoh pulak. So, bila dah sampai terus pergi Aeon dan masuk Daiso cecepat sebab si Farel tak boleh duduk diam macam budak lain.


Lepas tu ternampak whisk yang cool dan terus excited nak beli walaupun dekat rumah mak dah beli whisk yang biasa. Tapi aku nak beli jugak tak kira. Comel kan? Hamikk kau. mesti balik Selama lepas tu tunjuk kat mak ' mak mak mira beli whisk baru ni warna pink ohseeeemmm gilaaaaaaaa. Kan mak kan? Pastu mak aku mesti cakap, ' whisk hg tergantung kat tingkap hat besaq kecik suma ada tapi hang bukan nak guna pun. Membazir ja beli banyak banyak buat semak rumah aku'. Aku: -___-"
Haha. K dah hafal skrip mak. Haha.


Lepas tu ternampak ni hand mixer, guna beteri. Masa beli tak baca dah arahan belakang dia, lepas tu tak pikir apa apa dah. Sebab apa? Sebab dia warna pink lepas tu aku rasa sangat waaaaaahhh ohsemmnya guna beteri. Tak payah serabut dengan wayar susah susah kena tarik kerusi sebab nak sambung suis dekat plug yang tinggi tuu. Lepas beli baru aku menyesal gila. Rupanya hand mixer ni tak boleh high speed. Dia cuma ada satu kelajuan saja. Pukul telur pun belum tentu boleh jadi kental. Sedih. T_T

Duit yang aku kumpul sepatutnya nak beli beg galas dan kasut habis dekat Daiso. Adakah sebab Daiso yang jual semua barangan berharga RM5 menyebabkan aku terus tak berfikir panjang untuk menghabiskan duit di sini? Ciss. Daiso ada sumpahan. Sumpahan kepada pelanggan yang masuk mesti keluar dengan barang barang dia. Sekurang kurangnya satu. Cisssssss.

Lepas ni nak try buat durian creep. Yeeeahhh nak suruh abah beli seguni durian. Hahaha.

Kbai.



No comments: