Friday, December 9, 2011

benda dah lepas tak boleh buat apa dah.

first of all, i wanna to credit to MISS SUHAILA  untuk header yang aku amik.
Okay cute sangat header header dia buat dan terima kasih sangat kasi amik header header yang serius angkat jari ibu tangan.hehee. Sila silalah follow blog dia sebab banyak gila tuto yang sangat best untuk dipelajari.ayat aku skema gilak.

Debaran exam kian sampai ke penghujung cerita. Semua paper killer dah selamat dijawab dan sangat mengejutkan aku boleh duduk tiga jam tiap tiap paper  dalam dewan tanpa bergerak melainkan tangan aku yang tekun mengarang ayat dan menyusun kata kata yang boleh buat pemeriksa kertas aku terpersona tanpa melihat aku.*sumpah muntah dengan ayat aku yang pembohong besaq ni*

serius weh aku tak tahu la macam mana dengan result aku nanti sebab aku rasa semua soalan suck k. Tiap kali dah habis exam rasa nak menangis, nak lari laju laju sambil tanggal tudung sekolah lalu terjun lombong belakang rumah. Lagi sakit hati bila soalan yang kita spot,cikgu cikgu spot kita pun pulun sungguh sungguh baca buku tak cukup lagi tu nak hilang rasa mengantuk pergi cari kopi janda kopi duda kopi musang,semata mata nak tahan mata utk menelaah buku dan bab bab yang spot,akhirnya masuk dewan exam bukak soalan tadaaaa damn satu haram pun tak masuk.Itu Suckit. Waktu tu Allah saja yang tahu betapa frustnya hati ni,betapa takutnya nak jawab soalan yang tak tahu langsung nak tulis apa,time tu lah air mata bergenang teringat cikgu,tengok kawan sebelah pun lebih kurang haha.lega sikit.okay back to topic.

Bagi aku alhamdulillah dah selesai semua paper yang berbalut jari dengan plaster ubat sebab paper paper yang dah selesai ni semua makan jari,pen dengan kertas yang berjela jela banyaknya. Jari aku pun sampai berkematu pegang pen.Tiga jam menulis tanpa henti melainkan benti kejap tengok jam pukul bape and then sambung balik tunduk kepala dan menulis lebih laju lagi.Lepas ni tinggal dua paper yang agak ringan dan boleh tembak kalau tak tahu teheee. Lepas tu aku dah boleh graduate.HAHA.okay jeles k tengok budak budak spm dah habis paper.sangat jeles.
Hanya mampu berdoa dan mengharapkan keajaiban berlaku.hee.

So,goodluck again to all candidates who takes Bahasa Melayu and Pengajian Am.k itu subjek wajib.
Tinggal lagi dua paper lagi nak merdeka dah.Sabar k kawan kawan.
Tepat jam 5 petang hari rabu bersamaan 14.12.11 kita main mercun bola dalam dewan k.hoho.
tipu.

kbai.